Artikel Terbaru

Permohonan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014

on Sunday, 29 September 2013


Permohonan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014 | Sukacitanya dimaklumkan bahawa mulai 17 September 2013Permohonan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014 telah dibuka secara rasmi untuk murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2013 . Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2013. 





Bagi Pelajar yang berminat untuk memohon bolehlah membuat pemohonan dengan segera sebelum tarikh pemohonan di tutup.

Syarat Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional / SMT 
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

Untuk mengisi permohonan secara online, sila klik link di bawah :

MATA - Penyakit dan Tandanya

on Thursday, 26 September 2013



Mata Menjadi Merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata Menjadi Kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar Tahi Mata Terlampau Banyak: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar Air Mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan Mata dan Kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2014

on Sunday, 8 September 2013


Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2014 | Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2014, boleh membuat pemohonan Mulai 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013, permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan bagi tahun 2014 telahpun dibuka.
Untuk membuat pemohonan anda boleh klik link di bawah ini :-
SBP 2014
Pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi butiran penting seperti NamaNama Ibu Bapa/PenjagaEmelNo. TelefonTelefon Bimbit dan Kata Laluan.
SBP2014
Dibawah pula Syarat-Syarat layak untuk Memohon
Syarat Minimum Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum
 
© Zul AeriazZ All Rights Reserved