Artikel Terbaru

Senarai Barangan Yang Dikenakan GST 2015

on Saturday, 21 March 2015

Senarai Barangan Yang Dikenakan GST 2015 | Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015.
Senarai Barangan Yang Dikenakan GST 2015

Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualan. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.
Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:
  • Harga set televisyen
  • Peti sejuk
  • Pendingin hawa
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin
  • Minuman ringan
Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:
  • Komputer
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
  • Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku
Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti:
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Ikan
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Minyak kelapa
  • Susu bayi
  • Petrol RON95 dan diesel
  • Tol
  • Pengangkutan awam
Barangan makanan bukan keperluan walau bagaimanapun dikenakan GST seperti:
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • Croissant coklat
Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di SINI.

KELANTAN Melaksanakan HUKUM Hudud, Dun Sebulat Suara Bersetuju


KELANTAN Melaksanakan HUKUM Hudud, Dun Sebulat Suara Bersetuju | Assalammualaikum dan salamsejahtera buat semua pembaca blog Aeriazz. Akhirnya impian kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud bakal tercapai. KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

KELANTAN Melaksanakan HUKUM Hudud, Dun Sebulat Suara Bersetuju


Menurut laporan Bernama, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) turut menyokong  rang undang-undang itu.

Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh.

Satu kerusi yang dimiliki PAS iaitu DUN Chempaka kosong berikutan kematian  penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam yang mengandungi beberapa jenis kesalahan hudud termasuk:

1. Sariqah (mencuri)
2. Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
3. Zina termasuk liwat
4. Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
5. Syurb (minum arak atau memabukkan)
6. Irtidad (murtad)

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan empat anggota dewan iaitu Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang), Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor) dan Datuk Husam Musa (PAS-Salor).

Sebelum ini, Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali hukum hudud, qisas dan takzir, tertangguh pelaksanaannya lebih 20 tahun selepas ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993 kerana kekangan dari segi perundangan.

Usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan kanun berkenaan menempuh pelbagai kontroversi terutama tentangan daripada orang bukan Islam khususnya DAP iaitu rakan PAS dalam pakatan pembangkang.

Semalam, parti Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Beberapa pindaan dibuat pada kanun berkenaan iaitu ia hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka.

Pindaan turut dibuat pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

Pindaan lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri  yang belum wujud.

Pindaan turut dilakukan pada struktur ayat untuk disesuaikan dengan undang-undang sedia  ada.

Kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh  kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum arak)  dan irtidad (murtad).

Antara hukuman yang diperuntukkan di bawah kanun itu adalah bagi kesalahan mencuri kali pertama, pesalah akan dipotong tangan kanan, kesalahan kali kedua dipotong tangan kiri dan kesalahan kali ketiga pula dipenjara tidak melebihi 15 tahun.

Bagi kesalahan merompak, pesalah boleh dihukum bunuh atau disalib, dihukum bunuh jika  mangsa dibunuh tetapi hartanya tidak diambil dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika harta  sahaja diambil.

Kesalahan qazaf pula, pesalah boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali dan minum arak pula,  sebatan tidak lebih 80 kali dan tidak kurang 40 kali.

Selain itu, bagi kesalahan zina, pasangan yang berkahwin boleh direjam sehingga mati  manakala belum berkahwin boleh disebat 100 kali dan pejara setahun.

Bagi kesalahan murtad pula, mesti bertaubat dalam tempoh tiga hari dan jika enggan,  boleh dihukum bunuh.

Rang Undang-Undang itu yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember  tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan.

Speaker DUN Datuk Abdullah Ya'kub kemudiannya menangguhkan sidang DUN kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Astro Awani

Padah HINA Hudud : Aisyah Terima Ugutan Bunuh dan Rogol!

Padah HINA Hudud : Aisyah Terima Ugutan dan Rogol! | Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sema pembaca blog Aeriazz. Kisah Aisyah Tajuddin yang baru-baru ini memuat naik satu video yang menaikkan kemarahan dan dikecam oleh masyrakat. 

Padah HINA Hudud : Aisyah Terima Ugutan Bunuh dan Rogol!


Aisyah Tajuddin yang dikatakan telah menghina hukum hudud yang bakal dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Hari ini, pihak BFM telah tampil menjawab perkara ini dan memohon maaf dengan video yang dihasilkan mereka itu yang dikatakan telah disalah tafsir oleh orang ramai.

Menurut pihak BFM video tersebut dihasilkan adalah hanya sekadar satira kerana mereka menganggap hudud belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana keadaan ekonomi semasa dan negeri tersebut baru sahaja ditimpa musibah banjir.

Mereka yang telah menarik balik video tersebut agak kesal kerana Aisyah Tajuddin telah menerima ugutan bunuh dan rogol dari pihak tertentu.

Aisyah hanya melakonkan watak tersebut dan apa yang dicakapkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang telah diberi oleh BFM.

Selain kenyataan dari BFM, pihak mufti Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Aisyah tersebut adalah keterlaluan dan dia harus bertaubat kerana boleh terpesong akidah.

Umat Islam yang mempersendakan hukum hudud sama ada secara lisan atau melalui rakaman video perlu segera bertaubat sebelum terlambat.

Katanya, mereka yang melakukan secara sedar dan bukan secara jahil boleh jejaskan akidah dan pegangan agama.

"Sebagai umat Islam, kita perlu faham hukum ini dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam supaya mereka hormat dengan hukum ini.

Mengemparkan!! Gambar Anak Radhi OAG Menjadi VIRAL MENGEJUT!

on Thursday, 19 March 2015

Mengemparkan!! Gambar Anak Radhi OAG Menjadi VIRAL  | Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Aeriazz. Pada 30 Januari lalu di Tropicana Medical Centre, Radhi OAG dan juga isteri Nur Shahira Ayu kini berkongsi gambar bersama puteri mereka, Nur Aishah yang sangat comel malah boleh terlihat kebahagiaan pada wajah pasangan ini.

Mengemparkan!! Gambar Anak Radhi OAG Menjadi VIRAL MENGEJUT!

Mengemparkan!! Gambar Anak Radhi OAG Menjadi VIRAL MENGEJUT!



Kantoi Gambar Tasha Shilla Sedang...

on Wednesday, 18 March 2015

Kantoi Gambar Tasha Shilla Sedang... | Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Aeriazz. Selepas satu satu gosip melanda artis tempatan dimana mereka telah di kritik hebat kerana pakaian mereka yang boleh anggap kurang sopan dan tidak sesuai dengan budaya kita.

Kantoi gambar tasha shilla tayang perut agak megairahkan


kontroversi yang melanda Diana Danielle dan Ainul Aishah, rakan selebriti yang lain akan mengambil pengajaran serta lebih berhati-hati dalam pemakaian. Nampaknya harapan tersebut hanya tinggal harapan sahaja. Kini tiba pula giliran Tasha Shilla menayangkan perutnya untuk tatapan umum ketika menghadiri satu majlis. Gambar-gambar ini telah pun dimuatnaik oleh Tasha sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Kantoi gambar tasha shilla tayang perut agak megairahkan


 
© Zul AeriazZ All Rights Reserved